BANTUAN KANAK-KANAK
Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM ialah bantuan tunai bulanan untuk keluarga kurang berkemampuan, dengan kadar RM 250 sebulan (6 tahun ke bawah) atau RM 200 sebulan (7-18 tahun), tertakluk kepada had maksimum RM 1000 sekeluarga. Ia bertujuan membantu meringankan beban penjagaan anak dan layak bagi warga Malaysia yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/kkjkm
Kadar Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2026
Kadar yang diberikan adalah berdasarkan umur anak:
- RM 250 sebulan : Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah.
- RM 200 sebulan : Kanak-kanak berumur 7 tahun hingga 18 tahun.
- Had Maksimum : RM 1,000 sebulan bagi satu keluarga.
Tujuan:
- Membantu keluarga/ penjaga kepada anak/ kanak-kanak yang tiada/ kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya
- Membantu ibu/ bapa/ penjaga memelihara anak/ kanak-kanak yang memerlukan dan memperkukuhkan institusi keluarga termasuk yang berada di dalam tahanan/ buang daerah dalam memberi jagaan yang sempurna kepada anak/ kanak-kanak
Langkah-langkah Permohonan BKK JKM 2026
Permohonan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) JKM 2026 boleh dibuat secara dalam talian melalui portal ebantuanjkm.jkm.gov.my atau hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran. Pastikan pendapatan isi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa dan sediakan dokumen sokongan seperti kad pengenalan dan sijil kelahiran anak.
Secara Dalam Talian (Online):
- Layari portal eBantuan JKM
- Daftar masuk atau cipta akaun baharu (jika perlu)
- Isi borang permohonan dalam talian dan muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
- Hantar permohonan.
- Secara Hadir Terus (Manual):
- Hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian/Cawangan berhampiran.
- Isi borang permohonan yang disediakan.
- Bawa dokumen sokongan asal dan salinan untuk pengesahan.
Dokumen yang Diperlukan
- Salinan Kad Pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan Sijil Kelahiran anak/ahli keluarga.
- Salinan Penyata Gaji/Bukti Pendapatan.
- Salinan Penyata Bank terkini.
- Salinan bil utiliti seperti bil air, elektrik atau telefon bagi tujuan pengesahan alamat tempat tinggal.
- Dokumen sokongan tambahan (contoh: surat pengesahan OKU jika berkaitan)
Pemohon disarankan menyemak kelayakan di laman web rasmi JKM atau portal manfaat Kementerian Kewangan untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh menghubungi pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :