• Main
  • BANTUAN ORANG TUA ATAU WARGA EMAS

BANTUAN ORANG TUA ATAU WARGA EMAS

Kadar Bantuan Warga Emas (BWE) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tahun 2026 ditetapkan sebanyak RM 600 sebulan. Bantuan ini disasarkan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang miskin tegar, berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK), serta memenuhi syarat kelayakan bagi memastikan kelangsungan hidup mereka.

Maklumat Penting Bantuan Warga Emas 2026:

  • Kadar Bulanan: RM600 sebulan.
  • Kelayakan Utama: Warganegara Malaysia, 60 tahun ke atas, dan pendapatan bawah PGK.
  • Program Tambahan: Warga emas juga layak menerima Sumbangan Asas Rahmah
  • Permohonan: Dibuat melalui pejabat JKM daerah atau secara dalam talian, dengan digalakkan mendaftar dalam sistem eKasih.

Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup dan meningkatkan kebajikan warga emas, dengan peruntukan keseluruhan RM3.1 bilion di bawah Belanjawan 2026 untuk pelbagai bantuan JKM.

TUJUAN

Bantuan ini diberikan kepada warga emas untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;
  2. Berumur 60 tahun dan ke atas;
  3. Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa atau PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; atau
  4. Warga Emas yang tiada anak (sebatang kara) layak dipertimbangkan bantuan sekiranya tinggal bersama/ menumpang ahli keluarga lain/ penjaga yang mempunyai pendapatan melebihi PGK Purata Isi Rumah Miskin Tegar Semasa/ PGK Purata Per Kapita Miskin Tegar Semasa; dan
  5. Warga emas yang bukan tinggal di institusi kendalian JKM atau Pusat jagaan harian/ berkediaman (yang menerima Geran Rangsum) dan memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.

NOTA:

Pengiraan umur warga emas adalah berasaskan tahun kelahiran.


DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Salinan MyKad pemohon;
  2. Salinan MyKad/ MyKid ahli keluarga yang tinggal bersama;
  3. Surat/ Penyata pendapatan daripada majikan; atau
  4. Akuan pendapatan daripada Penghulu/ Penggawa/ Pemimpin masyarakat atau mana-mana individu yang diangkat atau dipilih untuk memimpin dan mewakili masyarakat di peringkat setempat oleh Kerajaan sama ada di peringkat Negeri atau Persekutuan (Lampiran 4: Borang Pengesahan Pendapatan/ Pekerjaan) jika bekerja sendiri; ATAU
  5. Pesuruhjaya Sumpah (jika bekerja sendiri);
  6. Salah satu salinan bil utiliti seperti bil air/ elektrik/ telefon dan lain-lain (bagi tujuan pengesahan alamat);
  7. Salinan penyata akaun bank terkini/ slip pengesahan akaun bank terkini; dan
  8. Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan (jika perlu).