Taklimat Pengenalan kepada Entiti Perniagaan yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:
???? Tarikh: 11 Jun 2026(Khamis)
???? Masa: 9.00 pagi
???? Tempat: Pejabat SSM Melaka
Program ini dianjurkan bertujuan untuk memperkasakan pengetahuan golongan usahawan di Malaysia berkaitan penubuhan dan pengurusan entiti perniagaan. Di samping itu, para peserta akan diberikan pendedahan mengenai produk dan inisiatif terkini SSM serta undang-undang yang dikawal selia oleh SSM bagi meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan dalam kalangan komuniti usahawan.
Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati sekiranya pihak Persatuan Ibu Tunggal Negeri Melaka dapat mempertimbangkan penyertaan dalam program ini serta memanjangkan jemputan tersebut kepada ahli-ahli persatuan dan Perniaga2 yang berminat.